Selasa, 24 Disember 2013

Kenapa mesti Tupperware?

Kenapa perlu TUPPERWARE sedangkan banyak lagi bekas plastik yang jauh lebih murah?

Saya sertakan sebab yang pastinya anda akan berubah fikiran..


Pernah ternampak kod ni pada bekas plastik anda?


Apa maksud kod ni?
Apa ni?

Apa tu?


Meh saya terangkan:


Kod No. 1 : PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate)

plastic resin code 1Simbol ni biasanya diklasifikasikan untuk botol yang jernih seperti botol air mineral. Bekas plastik yang berkod 1 ni disarankan hanya untuk kegunaan sekali pakai saja.
Jika terlalu kerap digunakan lebih-lebih lagi untuk mengisi air panas, lapisan polimer pada botol tu akan bocor dan mengeluarkan karsinogenik iaitu antara penyebab kanser.

Kesan terdedah dalam jangka masa yang lama pada bahan ni:
  • Iritasi pada kulit dan saluran pernafasan.
  • Boleh meningkatkan masalah haid
  • Keguguran kandungan
  • Kemungkinan anak yang dilahirkan mengalami pertumbuhan yang lambat sehingga usianya menjangkau 12 bulan.






Kod No. 2 : HDPE (High Density Polyethylene)


plastic resin code 2Biasanya kita jumpa simbol ni pada botol susu dan bekas makanan. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana keupayaannya mencegah tindak balas kimia antara kemasan plastiknya dengan minuman atau makanan yang diisi di dalamnya.
HDPE memiliki sifat bahan yang kuat, keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. Seperti juga PET, ia disarankan untuk sekali pakai kerana pembebasan antimoni trioksida akan meningkat dari masa ke semasa.



Kod No. 3 : V atau PVC (Polyvinyl Choride)


plastic resin code 3Plastik jenis ni adalah plastik yang paling sukar dikitar semula. Ia biasanya digunakan sebagai pembalut makanan (cling wrap) dan pada botol-botol yang lain. Ia juga mengandungi DEHA yang berupaya bertindak balas dengan makanan yang dibalut dengan plastik ini apabila ia bersentuhan secara terus.
DEHA mencair pada suhu -15 darjah. Bila berlaku tindakbalas antara PVC dengan makanan yang dibalut dengannya boleh mengundang bahaya kepada ginjal, hati dan berat badan.




Kod No. 4 : LDPE (Low Density Polyethylene)


plastic resin code 4Sejenis plastik berwarna coklat yang dihasilkan daripada minyak bumi (thermoplastic). Ia digunakan sebagai bekas makanan atau botol-botol yang kemek. Ia bersifat kuat, tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berminyak. Sangat tahan di bawah suhu 60 darjah celsius kepada tindak balas kimia.
Mempunyai daya perlindungan yang baik terhadap wap air tapi kurang elok bagi gas-gas lain seperti oksigen. Ia masih boleh dikitar semula tetapi sukar untuk dilupuskan.



Kod No. 5 : PP (Polypropylene)


plastic resin code 5Merupakan pilihan yang terbaik untuk bahan plastik terutamanya sebagai tempat simpan makanan, minuman dan botol susu bayi. Ia bersifat jernih, lebih kuat dan ringan dengan daya tembusan wap yang rendah, tahan terhadap minyak, stabil pada suhu yang tinggi serta berkilat.




Kod no. 6 : PS (Polystyrene)

plastic resin code 6Biasanya digunakan sebagai bekas makanan styrofoam dan cawan atau gelas minuman pakai buang. Ia juga merupakan polimer aromatik yang boleh mengeluarkan styrene pada makanan sekiranya ia bersentuhan. Styrene ini juga boleh ditemui pada asap rokok, kenderaan atau kilang.
Plastik PS ini seharusnya dielakkan kerana ia:
  • berbahaya pada otak
  • berpotensi mengganggu hormon estrogen wanita yang mengakibatkan masalah kepada sistem peranakan
  • mengganggu pertumbuhan dan sistem saraf
  • susah dikitar semula, malah memerlukan masa yang lama untuk memprosesnya.



Kod No. 7 – Other : PC (polycarbonate), SAN (Styrene acrylonitrile), ABS (Acrylonitrile butadiene styrene)


plastic resin code 7PC biasanya digunakan untuk botol susu bayi, sippy cup, botol minuman dan tin susu formula. Bahan ini boleh pindahkan Bisphenol-A. Jika suhu meningkat akibat makanan dan minuman yang dipanaskan atau panas dengan sendiri (letak dalam kereta), boleh berpotensi merosakkan hormon, kromosom pada ovari, penurunan penghasilan sperma serta mengubah fungsi imunisasi.
SAN dan ABS pula memiliki daya tahan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan dan pertambahan tingkat kekerasan. SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik digunakan.
SAN biasa terdapat pada mangkuk adunan (mixer), balutan termos, piring, alatan makanan, penapis minuman dan berus gigi. ABS pula digunakan pada barang mainan dan paip.




Berubahlah sekarang. Melaburlah demi kesihatan diri sendiri dan keluarga. Penggunaan plastik yang tidak betul boleh menyebabkan kesan yang fatal. Beralih pada bekas plastik yang selamat. 

Tupperware semestinya pilihan yang bijak. Selain baik untuk kesihatan, untuk bekas simpanan kalerful!, bekas simpanan sejuk (Fridge & Frozen), bekas microwave dan juga sebagai steamer!




Whatsapp 017 7203130

Twitter aziela_tp

Fikir dan berubahlah untuk kesejahteraan hidup!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan